Thursday, 2 January 2014

Aku , Semalam , Hari ini

Aku , semalam , hari ini

aku pandai tapi malas 
aku rajin tapi malas
aku hebat tapi malas
aku cerdik tapi malas

kalau aku pandai 
mungkin aku lebih jadi seorang bercita cita tinggi
kalau aku rajin
mungkin aku seorang yang tahu segalanya
kalau aku hebat
mungkin aku ada idea yang kreatif 
kalau aku cerdik 
mungkin aku seorang yang mampu buat orang bahagia

aduhai semalam aku
ianya tinggal kenangan lagi
buat aku rasa sesal
buat aku rasa kesal
mungkin sebaliknya siapa yang tahu
ada hikmah atau ada teladan
mungkin juga satu pengajaran
mungkin aku tak sedar lagi ..

aduhai semalam aku
kenapa cepat berlalu
aku masih butuh lagi semalam
yang telah sia sia kan
yang telah aku biar biarkan
akhirnya aku menyesal ...

hari ini aku datang kembali
pulihkan semangat lama
pulihkan keyakinan lama
agar aku buka satu permulaan baru
aku datang lagi
cari pengalaman lagi
cari panduan lagi
agar aku sedar untuk segalanya .........................

 " esok bukan datang untuk ditunggu ianya dalam untuk dicari " carilah selagi boleh


No comments:

Post a Comment