Saturday, 28 December 2013

aku gagap

aku gagap
bercakap tersasur sasur
orang gelak
jadikan jenaka

kemarin aku mengata
hari ini aku gagap
itu biasa
tapi luar biasa
aku gagap dihadapan
gagah dibelakang

aku gagap lagi
dah cuba baiki
tapi masih lagi
alahai bahan ketawa
tapi orang bahagia

umur dah tua
gagap masih ada
itu habit takpa kot
jadi orang lama kenal
mereka mula faham
jika aku berbicara
walaupun gagap
ianya sempurna .......


 

Friday, 27 December 2013

Duka dan Perjalanan

Duka dan Perjalanan

Duka itu teladan diri
aku dari bawah lagi
belajar sampai pandai
tapi aku tetap bodoh
sedih dengan sikap  malas
dengan sikap tiada saingan
alahai kenapa aku begini

Duka itu berlalu pergi
aku belajar lagi
hanya untuk santapan
nak buat bekal untuk hari tak pasti
sempatkah lagi aku mencari
dari kealpaan dari kesilapan
aku perbaiki kembali

Perjalanan yang masih tak terhenti
adakah aku bodoh lagi
masa aku biarkan
waktu aku sia siakan
ya Allah sempatkah aku perbaiki kembali .......................

maaf



Manusia

jam pukul 2 55
aku masih pikir lagi puisi 
apa aku nak tulis 
lalu fikir terfikir saja
bedal lah cuba hetam

sambil aku dengar lagu
cuba cari ilham 
aku cuba gaya baru
puisi pendek
puisi hidup
bahasa aku
biarlah aku faham
kata aku
biarlah aku mengerti

hidup aku nak orang faham
dunia ini prihatin ke ?
kita tolong orang pun hari ini ?
esok orang itu akan tolong kita ?
50-50 atau 0 ?
ataupun
orang yang kita benci akan tolong kita ?
mungkin

anggapan dunia ini memang prihatin
adakah aku yang bodoh
ataupun hanya beranggapan
hari ini hari aku esok hari kamu 
sama sama untuk rasa