Sunday, 26 May 2013

Menunggu Sekeping Hati

Hidup ini kan selalu kata apa itu Kenapa ? Apa itu Mengapa ? dan menjadi persoalan yang masih belum terjawab untuk mengenali segalanya . 

Saya cuba tanya kenapa saya tak boleh suka pada sesiapa di mata saya buat masa ini . Adakah saya sudah hilang perasaan tentang itu . Adakah saya takut pada sesuatu yang saya nantikan tidak pernah muncul lagi . Mungkin ianya akan berulang kembali . Banyak kali saya cuba banyak kali ianya hampa . Apakah saya cuba untuk menunggu perasaan yang bakal tiba . ehh Kemana engkau mahu pergi 'sunset ' engkau menghilang meninggalkan kegelapan kepada saya dan engkau tidak akan menyinari saya lagi ? Ataupun engkau akan menjelma sekali lagi untuk esok hari . dan untuk buat saya tersenyum lagi .. 
Janji ianya bersinar kembali , dan janji saya setia disini lagi 
Siapa dia yang saya cari , siapa dia yang saya nanti . Merenung kembali mungkin saya rasa betapa rendah diri dalam melihat kelebihan sendiri . Mungkin ... Saya tiada apa apa yang terlalu sempurna .

Sudah lama saya pendam tapi ianya sudah tenggelam dilautan dalam ? Tapi saya tidak tahu berenang adakah saya tidak mampu untuk mengambilnya kembali ? Saya takut saya akan tenggelam bersamanya . Saya takut hanya menjadi sia-sia hanya kerana perasaan yang lama . Hanya sekadar mencari yang baru tapi ianya tidak pernah bererti .

Saya suka melihat orang lain bahagia saya tumpang seketika . Saya mungkin tersenyum jika ianya adalah saya dengan dia . Tapi saya suka berilusi seketika ? mampukah tersediakah ? Semua yang saya rasa adakah diri saya telah lengkap . 

Saya cuba cari perasaan suka , sayang , rindu , dan cinta tapi ianya tidak pernah terlihat dari sudut hati ini . Bagikan saya peluang untuk merasainya . Bagikan sekali lagi untuk saya memilikinya . ya Allah adakah ianya ujian bagi saya . 

Sekilas saya boleh lihat perasaan mereka , Sekilas itu saya dapat bayang kan   ' alangkah 'kan ..

Untuk hati ini , untuk segalanya akan terkata ........




#Abangapiit 

Thursday, 23 May 2013

Kepergian ini dah lama


Sesuatu yang pergi sekian lama  ~



tersenyumlah
agar kau dapat gembira selalu
tertawalah
agar kau dapat bahagia selalu
disamping orang yang tersayang
disamping mereka disisi anda
itulah yang ingin aku harapkan
selepas ini 
biarlah aku menyendiri
biarlah aku pergi
dari kehidupan ini
dan maafkanlah aku 
sekian lama .

#Anda bagi saya bunga untuk saya jaga , tapi anda tak pernah bagi saya air untuk bunga yang saya jaga ..ianya sudah mati kelayuan dan dahaga kemekarannya .

Saturday, 18 May 2013

Satu Langkah yang Berharga


Assalamualaikum ......

Jalan itu buta pada yang leka , Jalan itu terang pada yang peka ..

Bagaimana kita hendak cerita kita pada hari ini ? Bagaimana kita hendak mengenali kita pada hari ini ?
Bagaimana kita hendak teruskan jalan kita pada hari ini ? Jika kita cuba untuk berputus asa dan kenapa harus kita mengeluh dan terus gelisah .
Perjalanan kita sebelum ini telah benar benar merumuskan siapa kita pada hari ini . Bukan senang untuk jadi senang tapi senang sangat untuk menjadi susah . Jawapan paling mudah adalah kesusahan , Jawapan paling payah adalah kesenangan . masih berat lagi untuk memikulnya nampak saja mampu tapi beban terlalu tinggi . Adalah setiap hari yang baru harus bermula dengan langkah yang baru jika gagal hari seterusnya mula juga dengan langkah yang lagi baru sampai langkah demi langkah sampai kita telah berjaya mengikut  cara step by step to forward move on.
contohnya gambar ini .. Kenapa kita harus mengalah daripada tidak mencuba sesuatu yang baru atau memperbaiki yang sedia ada .


Tak semua orang hidupnya selalu bertuah , selalu ada nasib selalu ada rezeki . Semuanya bergantung pada kesilapan masing masing dan masa untuk sedar akan silap mereka yang lepas dan juga mereka sedar untuk bertaubat dengan apa yang dilakukan semalam yang lepas . Dan itu bahawasanya mereka harus memulakan sesuatu yang baru sesuatu yang dapat memberi galakan pada mereka untuk meneruskan kehidupan mereka sendiri dan berdoa cuba jadi orang orang yang masih berguna kepada masyarakat . Bagi aku juga telah memulakan satu langkah yang baru . Aku ingin mencuba dan kenapa aku tidak boleh diberikan satu peluang lagi . harus mesti ada bagi manusia yang leka pada duniawi  kan . Dunia ini adil pada mereka yang berusaha , tawakal  dan berdoa . Aku harap aku masih boleh berusaha sampai cita cita aku tercapai dan aku ingin impikan juga aku juga inginkan berkerjaya secara profesional . Mendogak kelangit melihat awan awan yang tak semestinya cerah begitu juga aku melihat sesuatu dihadapan tak selalunya terang tapi kekuatan seseorang itu membolehkan mereka mencari jalan dan usaha jalan ada untuk berjaya . Tapi hidup ini tiada bererti jika kita keseorangan menempuh segalanya dan kita harus dibantu oleh semangat daripada orang orang disekelilingan dan berkongsi kebahagiaan dengan orang lain .
Sometimes we become so focused on the finish line,that we fail to find joy in the journey ...

Hanya Sekadar Hadiah


Esok ialah hari kekasihnya boy itu sedang terpikir apa hadiah yang paling sesuai untuk girlnya . Dalam keadaan terpikir dia hanya ada 5 ringgit sahaja dan pada masa itu juga dia terpikir sesuatu hadiah yang agak sesuai dalam situasi dia dengan girl dia sekarang ..

Jadi dia membeli hadiah tersebut dengan membalutnya secantik-cantiknya .Kesokkannya  dia mengajak girlnya keluar jalan jalan sambil membuat suprise hadiah hari jadi yang first time boy membeli selama perkenalan mereka .

(kesokkannya di suatu taman )

Girl  : Awak terima kasih ye kerana bawa saya jalan jalan . Tapi pelik kenapa ye ?
Boy : Peliknya kenapa ?
Girl  : ialah selalunya kalau nak jalan jalan pun saya yang selalu ajak . Awak tak pernah pun nak cakap jom lah keluar ke apa apa ke ? kan ..
Boy  : ishh awak nie tu pun rasa pelik . Seharusnya awak cakap terima kasih dan alhamdulillah lah sebab saya mungkin dan berubah kan ?
Girl   : hahaha . awak nie lawak lah . tapi okey jugakan .
Boy  : tapi saya nak jumpa ngan awak nie sebab saya nak ucap Happy Birthday sayang ( nada yang kuat )
dan semoga panjang umur dan murah rezeki tau . Nah hadiah nie sayang !! ( nada suprise )
Girl   : awak ingat juga ye hari jadi saya .hehe terima kasih awak sayang awak tau ! sangat sangat !
Boy  : mesty lah saya ingat . awak kan kekasih saya kan .
Girl  : yela tapi saya nak buka kan boleh tak ? mesti barang nie mahal kan kan . ( dalam keadaan sangat seronok )
Boy  : ye sayang boleh . Hadiah tu bagi saya sangat mahal teramat sayang . tapi kalau tidak terlalu mahal lagi saya minta maaf lah .
Girl  : ( dia membuka kotak tersebut ) haahhh ! ( terkejut ) sayang tak akan pen , sebuah buku nota dan tisu-tisu banyak sangat nie awak bagi dekat saya nie !! mana bukti yang awak sayang dekat saya nie haa !! ( nada marah ) kalau macam nie hadiahnya saya pun boleh belilah ..( terus berjalan balik kerumahnya tanpa menoleh kekasihnya kembali ) ...

girl tu sampai ke tepi jalan .. Saya Kecewa dengan awak !! ( menjerit )
Lalu boy tersebut ambil balik kesemua hadiah hadiah tu lalu balik pulang dengan keadaan sangat sedih ..

Pada masa itu juga boy tersebut menghantar mesej dekat kekasihnya .

Boy :  Sayang hadiah itu bukan yang sebenarnya tapi ianya sebagai jenaka saya untuk awak . Saya tahu awak akan marah dan tidak suka . Tapi biar lah hadiah itu permulaannya semasa saya dengan awak . Saya beli kan pen itu untuk awak catatkan kesalahan kesalahan saya yang sering buat awak terluka dalam buka nota yang saya belikan tarikh kan nanti awak akan ingat siapa saya dimata awak . Saya mahukan awak tulis seberapa banyak yang saya pernah lakukan . Bukan itu sahaja tisu itu bila awak menangis kerana saya mungkin saya tiada disamping awak untuk mengelap airmata awak tu biarkan tisu yang saya beli itu jadi pengelapnya dan menemani kesedihan awak . Awak jangan risau hadiah saya seterusnya adalah saya akan menikahi awak suatu hari nanti anggaplah itu hadiah yang tiada tolak bandingnya lagi daripada hadiah yang saya belikan semuanya itu ... itu janji saya .. daripada bakal suamimu ..

Girl :  Selepas membaca pesanan daripada kekasihnya ( dia terus menangis teresak esak ) akhirnya dia menyesal kerana tidak menghargai sesuatu pemberian yang simple tapi membuatkan sesuatu yang bermakna untuknya dirnya juga .. Dia terus meminta maaf kepada kekasihnya ....

end .....

Pemberian seseorang adalah keikhlasan dirinya untuk memberi , bukannya sebagai satu paksaan untuk membeli  sebuah hadiah . Jadi hargailah pemberian seseorang itu dan menjagainya ..

Wednesday, 15 May 2013

Kisah Yasmin J Hunwick


Hari ini kerja saya Blogwalking blogger-blogger terkenal tak kira . Hanya satu blog yang saya tersentuh sikit bila membacanya . Rupanya dia sudah tiada cuma ibunya yang selalu mengupdate blog untuk mengisi catatan seorang arwah .

Siapa pernah kenal dia ? saya tak pernah kenal tapi cerita sebalik kejadian dia saya cuba ingin mengenali dia ... dan saya tahu suatu yang perit apa yang hilang bila ditangisi lagi ...





















Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Famous Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi.
Seorang yang : periang , tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar , open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian , pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-
Facebook : Yasmin J Hunwick / Yasmin J Hunwick II
Melihat balik ceritanya saya mula rasa sebak tentang kejadian yang menimpa arwah . Sebagaimana kita tahu Allah lebih menyayangi dia . Arwah telah dijemput ilahi pada tanggal 3jun 2012 akibat kemalangan Jalan raya .
Ini berita kemalangan 3 remaja perempuan dari akhbar Harian Metro
LANGKAWI: Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi.
Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi Insp Fairus Mohd Ghazi berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, dan Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini.
“Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi,” katanya hari ini.
Katanya ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing hari ini, manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama .

Dan apa yang ditulis oleh ibunya dalam blog arwah cukup untuk saya merasainya bagaimana seorang ibu yang kehilangan anak yang disayangi . Dia lah sahabat dia lah peneman tapi apa kan daya kita hanya hamba biasa untuk melawan ketentuan ilahi . Saya bukan mengenali arwah tapi saya cuma terbaca ceritanya yang amat menyedihkan . Dan Semoga arwah dicucuri rahmat Al-fatihah ..Semoga arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman . Ameen ya rabbal alamin ..


Cerita diambil melalui ..

Akhiri Cerita ini marilah kita sama sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah semoga arwah dalam golongan yang dirahmati dan dicucuri . Ameen ... 

Tiada apa yang dapat kuubahkan lagi , ianya satu ketentuan ilahi , hanya mampu berserah kepadanya .

Thursday, 9 May 2013

Apit Penulisnya



Bagaimana aku mampu memberitahu apa yang aku rasa pada dunia ini . Setiap hari aku cuba cipta satu kata kata yang boleh mengambarkan apa yang aku rasa dalam hati aku sendiri . Apa yang berlaku dihadapan aku dan apa yang berlaku dibelakangi aku sendiri . Aku bukan seorang yang terlalu sempurna dimata mata manusia yang melihat aku . Aku hanya seorang yang mampu menjadi diri aku sendiri dan aku mengatakan aku tidak boleh menjadi seseorang yang terlalu terbaik disudut mata mata manusia . Setiap hari juga aku cuba memperbaharui cara aku dan sikap aku supaya aku lebih baik daripada aku yang semalam .

Kenapa perasaan itu kadang kadang suka menipu orang lain daripada memberitahu apa yang sebenarnya yang dirasai . Tak semua senyum itu selalunya gembira dan tak juga gembira itu tiada selit satu kesedihan . Kadang kadang semuanya dalam kepuraan . Tapi ada juga orang yang tahu akan perasaan yang kita sembunyikan disebabkan orang itu mempunyai rasa ingin tahu apa yang kita rasa . Pada masa itu kita kan mempercayainya dan berkongsi cerita dengannya dan berharap dia akan membantu menghidupkan suasana baru .
Kadang kadang terlalu ingin menyampaikan sesuatu , tapi hati itu menyatakan kesukaran .
#Bilaapitmenulisceritaini

Monday, 6 May 2013

Until Be reality

Kata Orang : Menanti satu Penyeksaan
Kata Orang : Menanti tiada guna jika bukan realiti
Kata Orang : Menanti hanya buang masa yang terlalu lama untuknya

Tapi semua itu bukannya satu kepastian lagi . Sebab kita harus mengharap sesuatu yang belum terjadi adalah pengorbanan dan hak kita untuk itu . Apa yang telah dijanjikan untuk kita dah tertulis untuk kita sebagai hambanya . Jadi tak salah jika kita mahu menanti walaupun pandangan negatif menyatakan begitu . Jangan Pernah menyesal kerana itu . Orang Kata mencuba tak selalu kena , dah kena ianya tuah baik kita .  Dan Kata hati pula menyatakan .

Hanya mati itu pasti , bila sampai pada pengunjung ceritanya .
Dan kenapa nya kita harus bersabar kerana itu ? Jawapan paling mudah kerana kita tidak perlu menyusahkan diri mencari kerana kita tak pasti lagi jawapan itu untuk kita . Satu saat yang paling kita harapkan yang ditunggu itu akan datang bergolek-golek kepada kita . Mana kita tahu tuah harimau pada belangnya , dan tuah manusia pada namanya kan . Kadang kadang ianya datang secara kebetulan dan masa itu mengharapkan ianya adalah kenyataan .

Menempah satu kebahagiaan yang sekian lama terpendam ? Masih bisakah dituntut lagi .  Dan pada itu juga ingin merasakan sekali lagi untuk menikmati cinta yang tulus . Masihkah mampu diciptakan untuk aku ? Seolah-olah kita bermain dalam satu permainan . Kita cuba usahakannya menjadi kemenangan untuk menuntut kebahagiaan kita kelak .

Siapa dia yang kita cari , Siapa dia yang kita nanti , Siapa dia yang kita harus miliki , dan Siapa dia yang temani hidup menjadi realiti . 



#andaian ini tiada bertemu


Sunday, 5 May 2013

Silent Love



Dalam permulaan cinta si gadis dan si lelaki yang bernama Fika dan Adam , Keluarga gadis tersebut tidak menyukai dan menentang sekerasnya pada perhubungan cinta mereka . Keluarga gadis tersebut beranggapan  bahawa Adam tidak mempunyai taraf  latar belakang yang setanding dengan mereka dan mereka takut bahawanya Adam ttidak akan dapat membahagiakan anaknya . Malah mereka menyatakan bila berkahwin dengan Adam anaknya akan menderita selamanya .

Oleh kerana tertekan dengan apa yang ditempuhi oleh mereka , pasangan tersebut sering kali bertengkar dan menyalahi . Walaubagaimanapun Fika suka Adam secara mendalam , tetapi dia sering bertanya kepada Adam " Bagaimana dalamnya cinta awak pada saya " ujar Fika kepada Adam yang sering mengadu pelbagai masalah diatas punca daripada keluarga Fika . Tetapi Adam tidak pernah menyalahi mereka dan dia sedar bahawasanya dia siapa dimata mereka .

Sebagai lelaki Adam mengakui dia tidak patut menyalahi semuanya kepada Keluarga Fika dan membuatkan Fika berasa sangat kecewa dan menangis . Adam perlu melakukan sesuatu untuk membuktikan dia perlu buka mata keluarga Fika yang dia seorang yang berjaya ( Dalam hatinya berkata ) . Dengan itu , segala permasalahan menjadi tekanan Fika dan tempatnya melepaskan perasaan hanya pada Adam walaupun mereka tidak direstui keluarga Fika . ( Dalam hati Fika ) Hanya dialah , Untuk dialah tempat aku bertahan dan dialah kekuatan aku .

Lalu Adam membuat keputusan untuk pergi seketika dan selepas beberapa tahun ,Adam telah lulus dalam peperisksaan dan memutuskan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara . Sebelum meninggalkan tanah air yang tercinta Adam berjumpa dengan Fika untuk mengatakan sesuatu yang ada pada hati Adam " Saya bukan terlalu baik untuk berkata-kata tetapi saya tahu untuk mengatakan yang perlu awak tahu bahawa " I LOVE YOU Fika " ujar Adam kepada Fika . Dan Adam menyatakan " Jika awak membenarkan saya menjaga awak nanti saya akan menjaga awak  untuk sepanjang hidup saya dan saya akan bina sebuah keluarga kelak . Bahawasanya Adam akan sedaya upaya untuk berhadapan dengan Keluarga Fika untuk mengahwini anak perempuan mereka kelak . Malah Adam mengatakan di depan Fika " adakah awak akan berkahwin dengan saya nanti " lalu Fika terdiam dan mengalir airmatanya hanya mampu tersenyum . Kemudian Adam terpaksa pergi meninggalkan Fika dengan lambaian tangan yang terakhir . Ucapan Fika kepada Adam hanyalah satu " Semoga Berjaya Adam ".

Fika hanya berkerja dengan syarikat bapanya sendiri dan Adam diluar negeri meneruskan pengajiannya . Mereka hanya menghantar surat cinta melalui e-mel dan panggilan telefon . Walaupun ianya sukar unuk menanti saat akan bakal tiba , mereka tidak pernah untuk berputus asa .

Suatu hari , dalam perjalanan ke tempat kerja Fika dilanggar oleh pemandu yang tiba tiba hilang kawalan . Apabila dia terjaga dia hanya terbaring diatas katil dan tidak mampu untuk mengerakan anggota badannya . Fika melihat ibu bapanya berada disampingnya dan dia menyedari bahawa dia cedera teruk . Melihat tangisan ibunya , Fika tahu ibunya mahu keselesaan yang perlu ada padanya . Tetapi dia sedar bahawa  semua yang boleh keluar dari mulutnya hanyalah mengeluh . Fika telah hilang suaranya ....Para doktor mengatakan bahawa kesan pada otak Fika telah menyebabkan dia kehilangan suaranya .


Semasa menginap di hospital , selain menangis senyap, ..Fika mengeluarkan airmatanya melihat dirinya tanpa suara lagi . Apabila sampai di rumah, segala-galanya seolah-olah sama. Kecuali bagi nada dering telefon. Yang menusuk ke dalam telinganya setiap kali hatinya ianya berbunyi. Dia tidak ingin untuk membiarkan Adam tahu tentang perkara ini . Dan tidak mahu menjadi beban kepadanya nanti , dia menulis surat kepada Adam mengatakan bahawa dia tidak mahu ada apa perhubungan lagi disebabkan kecacatan Fika . Dia terlalu malu untuk berhadapan dengan Adam nanti . Lalu Fika tidak mahu menunggu apa-apa lagi .


Dengan itu , Adam menghantar berjuta-juta dan berjuta-juta jawapan , dan banyak panggilan telefon hanya untuk memberitahu kenapa kenapa kenapa Fika . Tetapi Fika hanya menangis ....

Ibu bapa memutuskan untuk berpindah ketempat lain daripada pengetahuan Adam , dengan harapan bahawa Fika dapat dan boleh melupakan segala-galanya dan gembira ditempat yang baru .

Dengan persekitaran yang baru, Fika belajar bahasa isyarat dan memulakan hidup baru. Memberitahu dirinya setiap hari bahawa dia mesti melupakan Adam . Suatu hari , rakannya datang dan memberitahu bahawa Adam telah kembali . Dia meminta rakannya tidak membiarkan dia tahu apa yang berlaku kepada dia dan tidak memberitahu di mana Fika berada . Sejak itu, tidak ada lagi berita dia.

Setahun telah berlalu dan rakannya datang dengan sampul surat dan sebuah kotak , yang mengandungi kad jemputan untuk perkahwinan Adam . Hati Fika berkecai apabila melihat kad jemputan perkahwinan Adam . Apabila dia membuka surat itu , dia melihat namanya tertulis diatas kad jemputan dan membuka kotak tersebut adalah pakaian pengantin  . Hati Fika menjadi berdebar-debar adakah ini realiti . Ia mengambil keputusan untuk memakai bila tarikh itu tiba .

Apabila Fika sudah sedia dengan keputusannya ,Fika pergi ke tempat tersebut dengan memakai pakaian yang diberi oleh Adam dan sampai sahaja ke tempat itu dia melihat lelaki yang menunggunya adalah Adam yang tersenyum keseronokkan . Fika hanya menggunakan bahasa isyarat memberitahu " Saya telah menghabiskan masa setahun untuk belajar bahasa isyarat ini Adam .Adam tidak kisah dengan apa yang terjadi kepada Fika dan  hanya untuk membiarkan awak tahu bahawa saya  tidak pernah lupa janji saya untuk mengahwini awak Fika . Biarlah saya menjadi hati awak dan berikan saya peluang untuk menjadi suara awak Fika " I Love You ". Dengan itu, Adam menyarungkan cincin perkahwinan ke jari Fika . Fikah  akhirnya tersenyum . Dan Mereka Bahagia hingga keakhir hayat . Sekian

 Jika saya lupa pada janji saya terdahulu , saya bukan orang yang harus anda percaya . Maafkan saya 

Saturday, 4 May 2013

Titipan Permulaan

Alhamdulilah Sekali lagi masih menikmati dunia ini ..

Mohon Maaf kepada Follower shahfiqnizamssa.blogspot.com kerana blog tersebut diserang virus hahaha . tak tahu macam mana nak buat balik pada asal . Jadi kenalah buat blog yang baru . Rasanya ingin memadatkan lagi Blog ini dengan segala cerita ,nasihat , panduan dan segalanya .

Hidup ini mencari , mati itu berilmu ....
Alangkahkan kita mempunyai ilmu yang luas segalanya kita dapat berfikir , dapat membuka mata walaupun adakalanya kita berhadapan dengan orang orang yang dusta .

Semoga kita dapat berkongsi apa juga cerita . Semoga blog ini memberi manfaat . Tapi yakin jiwa itu penuhnya :)

SELAMAT DATANG KEPADA FOLLOWERS BARU ..... BE ENYOY HERE

I AM SHAHFIQ NIZAM BUT CALL ME APIIT