Saturday, 29 June 2013

Monolog " Hati Terusik "

Gertak Hati ku..
         ..pada Jiwa  ku..

engkau maafkanlah aku.
    biarlah antara salah ataupun tidak..

   aku cuba seiringkan jiwa itu.....
tapi kau yang mengabaikannya
akan kasihku di mata mu..
tak sengaja aku...

gertak hati ku..
...pada Jiwa ku...

sabar aku mengharunginya...
laluan ku dengan hentian..
persinggahan aku lagi yang ternyata..
ingin berulang kembali..
tapi tidak dihargai..

gertak hati ku...
..pada jiwa ku...

akhirnya ucapan itu menjadi tetap...
biarlah berkali kali ku berucap..
satu tiada tembusnya..
bukan aku mengharap...
tapi ingin berharap...

gertak hati ku..
..pada jiwa ku..

biarlah 
aku terus kan laluan itu.
walaupun
tiada penggerak buat ku...
ku cuba
hidup sendiri..

gertak hati ku..
..pada jiwa ku..

Tuhan ampunilah aku..
bantulah aku ..
kearah
yang masih aku inginkan....



" akan bisa ku ubahkan hari hari yang berlalu akan juga aku ukirkan ianya selalu terindah tapi apakah daya ku "
.

Friday, 28 June 2013

" Sahabat "




Seorang yang  bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut  kebaikan kamu;

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.


#Sahabat yang baik dpt membimbing ke arah kebaikan...: )


Seorang teman adalah seseorang yang memahami masa lalu anda, percaya pada masa depan anda, dan menerima anda hari ini hanya cara anda.


         .

Wednesday, 26 June 2013

Giliran Kita Akan Jatuh Cinta

"Ya Allah , Aku Jatuh Cinta "

Ya Allah,
yang membolak-balikkan hati kami....
Selama ini aku tidak pernah tahu bagaimana
rasanya bercinta
namun ku berharap
bila cinta hadir menyapaku
aku tidak akan kehilangan Engkau
Ya Allah,
Selama ini aku hanya berharap
Semoga dapat mencintai
Orang yang memiliki  cinta yang
luar biasa pada-mu
Ya Allah,
Selama ini aku juga berharap 
Semoga akan dicintai
Oleh orang yang dapat mengarahkanku
Menuju Keredaan-Mu
Pintaku Ya Allah,
Izinkan aku memiliki rasa ini 
Hingga ia menjadi indah di dada kami
Tanpa mengurangi rasa cinta kami
Pada-mu...

Bersedialah Mungkin Giliran Anda ..
* Tidak berlebihan jika disimpulkan bahawa cinta akan menyapa sesiapa saja . Tidak pernah mengenal usia , latar belakang , status sosial dan perkerjaan , ia akan bertamu di setiap hati manusia . Seorang wanita yang berusia lebih tua boleh saja jatuh cinta pada seorang lelaki yang masih muda . Bahkan seorang lelaki yang masih muda boleh saja mencintai wanita yang berusia sebaya dengan ibunya . Malah orang kaya pun kemungkinan jatuh cinta pada orang yang tiada berharta . Jangan dipersoalkan lagi Kenapa ? Jika Hati Mereka saling berbicara .

Hanya itu Semua itu boleh terjadi dan siapa kita untuk menidakkannya . Semua dikemungkinan dicintai dan mencintai antara satu sama lain . Kerana cinta menyapa semua orang sehingga tiada kata ' tidak mungkin ' dalam bercinta . Cinta akan menyapa sesiapa pun . Maka anadai hati belum bersedia untuk merasa kehilangan , merasa disakiti dan diabaikan , tidak perlulah bermain main dengan cinta . Lantaran saat mecintai, maka hati ingin selalu dilindungi dan diperhatikan . Manakala orang yang dicintai tidak memberi reaksi yang signifikan , apakah akan terjadi ? Hati akan tertunduk sedih , menangis perlakuan yang diterima dari kekasih diharapkan sayangnya .

Manusia adalah makhluk yang sempurna . Dalam sifat sempurnanya manusia memiliki hati yang berfungsi untuk merasakan . Dengan keajaiban yang diberi oleh Allah , hati terkadang dapat mendoraong mata untuk menangis dan bibir untuk tersenyum . Di hati inilah perasaan cinta itu hadir . Dengan Hatilah manusia berjhak untuk merasakan cinta , dicintai dan mencintai ..

Apakah cinta Itu ? bila harus mecintai dan bila pula harus menjadi seseorang yang dicintai ? Cinta itu ibarat madu dan racun . Di dalam satu sudut cinta dapat membawa manfaat yang luar biasa tentunya kebahagiaan . Tapi ianya adakala memberi musibah takkala penderitaan . Siapa kita untuk menentukan segalanya apa yang kita usahakannya . 

Cinta manusia berlandaskan dengan nafsu . Tanpa nafsu , cinta itu akan menjadi hambar dan mengurangkan rasa hebatnya cinta itu . Tetapi membahayakan bila manusia tergila gila akan nafsu sehingga mereka lupa akan maruah diri ibarat menyerupai binatang . Manusia diberikan akal sebagai kelebihan untuk berfikir dalam  memastikan perhubungan itu bersih dan indah . Maka Berfikirlah kepada orang yang kamu cintai dan fikirlah pada mereka yang dicintai erti perhubungan yang diredhai .

Sekian semoga bermanfaat . 

   
“Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.”



Tuesday, 25 June 2013

Quiet Is



Kesunyian adalah satu perasaan kosong yang hadir dalam diri seseorang . Dia tidak membayangkan orang lain dari sudut pandang kasar hanya dia berada disudut terpencil tanpa sesiapa disekelilingnya .Malahan hati dan jiwa dia terlalu celaru dan tidak menentu . Bagi aku kesunyian ini terlalu banyak bukan hanya kesunyian ertinya perasaan tapi kesunyian juga boleh dibahagikan daripada beberapa sudut seperti  kesunyian agama , kesunyian keluarga dan kesunyian sabahat handai .

Kesunyian perasaan adalah kesunyian yang kita lakukan sendiri dengan cara memendamkan perasaan yang terlalu . Sampai kita payah untuk meluahkan walhal kita ingin cuba keluar daripada kepompong hidup yang menyunyikan . Tapi kesunyian tersebut membuat fikiran seseorang terlalu tidak yakin dengan orang sekeliling akan menerima kehadiran dia dan dia terlalu ingin menyendiri walaupun mempunyai kawan kawan yang prihatin padanya . Kesukaran itu membuatkan dia seorang yang ego dalam hidup .

Kesunyian agama adalah kita terlalu jauh kepada pencipta kita sendiri sehingga kita leka akan permainan dunia yang merancakkan . Walaupun kita merasai dunia ini sebagai peneman yang setia kita perlu ingat bahawasanya nanti kita perlu menyendiri dalam alam yang berbeza masa itu kita teringat pada dunia tapi dunia bukan lagi peneman kita . Kita terlalu jauh daripada dunia dan pada masa itu kita perlu mencemburi dunia yang menduakan kita dengan orang lain dan membiarkan kita bersendirian nanti .

Kesunyian keluarga mungkin terlalu pahit dan mungkin terlalu pedih dalam hidup kita . Mungkin juga satu persatu keluarga kita akan hilang meninggalkan duniawi ini seperti kita mencabut kelopak kelopak bunga satu persatunya . Pada mulanya kita terlalu bahagia disamping mereka mereka bagaikan dunia ini terlalu bercahaya dengan warna warninya . Jawapan kita terjawab bila salah seorang atau pun serentak keluarga kita telah pergi tanpa kita sedari tanpa kita berada sekali dengan mereka mengikuti mereka sekali . Kesunyian tersebut menyebabkan kita menjadi kemurungan serta kita sukar terima dugaan tersebut .

Kesunyian bersahabat juga seperti mana kesunyian keluarga . Kesunyian bersahabat mungkin terlalu mengecewakan mungkin juga terlalu mengembirakan . Adakalanya kita sukar mencari kawan yang betul betul memahami hidup dan prinsip kita . Tapi bila ianya dusta kita sukar untuk menerima kepercayaan terhadap seorang kawan . Ada juga hidup seseorang terlalu suka bersendirian walhal dia mempunyai ramai kawan . Ertinya hidup prinsip dia tidak suka menyusahkan .

 Di sini berbagai definisi kita boleh buat dengan fikiran kita sendiri untuk memikirkan satu faktor yang dapat diceritakan . Kesunyiaan ini tak semesti menghalang seseorang itu untuk merasai erti kebahagiaan tapi ia mengajar dia erti kesabaran dan mengajar ia mencari warna warna sang pelangi .

Senyap saya tidak bermakna bahawa saya berhenti. Ia bermakna bahawa saya tidak mahu berhujah dengan orang-orang yang hanya tidak mahu memahami ...
. . 2 comments:

Saturday, 22 June 2013

#BahagiaJugaKita

Kita berkenalan dengan dia sekali pun kalau bukan tertulisnya nama kita untuk dia tidak mengubah apa pun untuk mendapatkan dia balik . Mereka yang pernah ditolak atau putus ( break ) dalam percintaan itu selalu mempunyai sifat amarah yang terlalu tinggi kerana atas atas kesilapan atau kebenciaan yang terlalu . Tidak ada yang dapat melarang seseorang untuk jatuh cinta mahupun menolak cinta .

Sebagaimana kita punyai hak untuk mencintai dan melamar seseorang itu, maka ada juga kita terpaksa redha dengan apa jua penerimaan seseorang itu terhadap diri kita . Adakalanya kita mencuba mendapatkan seseorang itu tapi usaha kita tidak pernah berjaya . Bahkan dalam kehidupan rumah tangga juga ada juga penceraian walaupun mereka terdahulu merupakan pasangan yang bahagia . Cinta itu hanya mengejar kebahagiaan didunia dan diakhirat .Hanya usaha dan tawakal kita untuk memiliki cinta yang benar benarnya .

Mengapa adanya putus , cerai dan penolakan perhubungan antara pasangan kekasih itu ? Sampai kita merasai cukup sempurna dimatanya dan cukup untuk membahagiakannya . Jawapannya adalah sangat ternyata bila sesuatu jodoh itu telah ditetapkan oleh yang maha esa atas setiap manusia di muka bumi ini . Hanya pasrah dan redha untuk menerima ketentuan ilahi . Tapi ada juga pasangan sudah lama berkenalan yang bahagia hingga akhir hayat .

Bagi yang kecundang berfikir positiflah apabila suatu cinta itu tidak pernah dibalas . Belum tentu kita memperoleh kebahagiaan bila hidup bersamannya . Apa yang kita pandang baik secara mata kasar , belum tentu berbuahkan kebaikan di kemudian harinya ..

Adakalanya keinginan untuk bersama orang yang kita idamkan begitu menggoda .Tapi bila ternyata cinta kita bertepuk sebelah tangan , untuk apa difikirkan lagi . Allah maha pengatur , pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang sempurna dimata kita dan akan memberikan kebahagiaan seperti yang kita idam idam kan selama ini . Bahkan mungkin lebih baik dari yang kita harapkan sebelum ini .

Be Positivi Thinking . Suatu hari kelak ketika kamu telah berkahwin dengan orang lain bukan dengan si dia yang kamu idamkan nescaya kamu begitu takjub dengan kebahagiaan yang kamu rasakan . Percayalah banyak orang yang telah merasakan hal demikian .

" Cinta itu hebat dan sangat indah pada yang mencari cinta yang suci "
" Bahagia bukan bererti memiliki semua yang kita cintai . Bahagia itu mencintai semua yang kita perlu cintai "


Sekian .. .

Friday, 21 June 2013

Jiwa ini

Kadang kadang perasaan sayang itu secara tiba tiba dia hadir apabila kita melihat seseorang yang secara tiba tiba kita melihatnya dan menyukainya . Bila perasaan itu muncul kita mula teringin berusaha untuk mendekati dan memiliki hatinya dengan pelbagai cara yang kita usahakan . Bila terlalu menyukai seseorang hati ini akan menjadi berdebar debar untuk mendampingi dia . Tak salahkan aku nak menyukainya dalam diam . Walaupun permulaannya amat sukar dia menguji kekuatan kita dia menguji kemampuan kita . Bila dia bertindak balas pada perasaan kita masa itulah kita merasa kita bertuah dapat mendekatinya dan dapat rapat dengannya walaupun hanya sekadar seorang kawan ia sudah cukup memandai . Tiada apa yang dapat menyatakan sebuah perasaan yang amat kuat untuk meluahkan apa yang ada dan apa yang terpendam . Sekadar untuk merasa satu kegembiraan dihati dan berkongsi dengan senyuman dibibir ini ... Jiwa itu merasai kehadiran tapi hati ini menyembunyikannya .

Ya allah jika dia benar untuk aku satukan hati ini dengan hatinya ,
Ya allah jika dia bukan milik aku tabahkan hati ini dengan kekuatan .


#Jawapan paling indah ialah kebahagiaan jawapan paling sakit ialah suatu perpisahan .
. No comments:

No Title Good Bye

Assalamualaikum
Mungkin Lama tak berupdate post dekat ruang ini . Atas sebab sebab tersendiri yang tiada berupaya mencungkil idea idea yang menarik . Rasa penat keluarkan idea tapi ayat tak serupa dengan bikinnya . Alangkahkan ..

Kembali ke cerita yang asal rupanya telah 6 bulan berlalu akhir 1 sem sudah berkahir dengan jayanya . Alhamdulilah Kepadamu Ya Allah memberi laluan sekali lagi untuk menikmati hari harimu . FINAL exam pun dah tamat dengan jayanya . Rasa mula mula exam teori ramai yang tidak kepuashatian pada skema jawapan yang secara terang terang membuktikan kesalahannya . Mana keadilan mana ketulusan ? Patut dibincangkan . Jadi Kami tiada apa apa kuasa untuk itu kami terima denga mengambil pergulangan sekali lagi . Tapi aku sebaik teori kertas satu je kena ulang . hehe . Selepas itu dah boleh jawab kesemua soalan dan turut menjayakan amali dengan kesungguhan .

Bercakap pasal kepergian pula . Alahai dukacitanya terasa sekejap je berlalu tapi tak berapa nak mersa lagi dengan budak budak sem 3 yang sudah pun menamatkan latihan . Mereka memang sempoi gila-gila . Kesemua Sem 3 saya boleh katalah saya rapat juga . Terutamanya Abang Mukhlis . Siapa yang tak sangka kami fly dari asrama balik panjat pagar haha .. Pengalaman kot bukan senang nak cari kan .

Kesimpulannya Saya terasa sedih tapi mungkin sekejap . Sekian dari Apiit bye


Kami Budak Rangkain Komputer Sesi 1 2013 ..

Sunday, 9 June 2013

Aku dengan Kata-Kata ku


Aku seorang yang suka berkongsi tentang apa yang hadir didalam fikiran aku untuk aku menuliskannya kedalam blog ini . Dan aku juga minat buat kata kata yang memberi maksud tersendiri apa yang aku rasa apa aku lihat apa aku dengar dan apa yang aku fahami . Kadang kadang juga aku mengolahkan kata kata yang ada menjadi satu kata kata yang lain ( ada yang petikan copy paste je ) tapi tak semua okey :)

Mari aku ingin mengingat kembali petikan yang aku ciptakan dalam sanubari dengan jiwa aku :)

sometimes we always hope what a begin will be end with happiness tears   

Maaf adalah kata yang paling mudah jika kita berada dalam kesilapan . Pemaaf adalah  jalan terbaik apabila seseorang itu mengaku kesalahan .dan berterima kasih adalah kata yang paling tepat bila kita menghargai seseorang itu 

jangan melihat orang lain untuk menjadi sepertinya dan melihatlah kelemahan yang ada pada diri sendiri untuk membandingkan dengan orang lain ... be yourself .. 

 if your can be know my soul , how will you know my word ... 

 kadang kadang orang tak pernah memahami apa yang dibuat semata mata untuk mengertikannya ... 

 don't regret if i can't follow your life but i must believe myself i can do it for my life .. "/ 

 If I can smile my world , if hope my happiness never be end .. 

 Hargailah peluang yang ada didepan mata dan berharaplah peluang itu bermakna dan bukan sekadar peluang untuk sekali lagi diberi ... : ] 

Lupakan dan biarkan ianya terus berlalu dan jangan cuba memandangi kebelakang tapi jika ianya ingin kembali berikan sahaja peluang yang ada :) 

Kadang kadang kita terlalu menyukainya tapi kita sukar nak menyatakan , hanya kerana itu kita terlepas pada yang terdahulu menyukainya ... 

" Rain is hunting you when sadness but rainbow make you happiness when you need it for your life " ... 

 Cinta ibarat macam drama , hari hari kita lalui pelbagai episod sama ada suka mahupun duka .. 

Kalaulah airmata tu bernilai dia akan nangis sepuas puasnya supaya dia dapat menebus kesilapannya tapi sayang tak akan ternilai bila ianya sudah tiada .. 

Untuk apa nak bercerita kalau tidak untuk mendengari dan untuk apa nak memahami kalau tidak untuk mengerti ~ 

Word by word and step by step i do slowly for focus right way .....  

Saya taknak ianya berulang kembali . Saya harap mereka paham situasi itu :) if I put you in my heart .. 

Kenapa semalam kita tak seindah esok lusa dan kenapa esok tak seindah semalam yang kita impikan ? 

Suatu hati nanti jangan ditanya kenapa perpisahan harus terjadi disebabkan pertemuan yang seketika 

Bring me a new colour can make my life is colourful :) 

Don't cry because it's over, smile because it happened ~

Ini jela yang mampu aku selongkar balik pada fb dan twitter aku .. sebenarnya banyak lagi tapi macam dah hilang je ...

#ShahfiqNizam
#SahajaAku

Tuesday, 4 June 2013

Qoutes : Best Friends





#BestFriends  #Sabahat #Kawan #Rakan  #Teman #TrueFriends #BadFriends

  • Seorang teman adalah seseorang yang memahami masa lalu anda, percaya pada masa depan anda, dan menerima anda hari ini hanya cara anda.
  • Hanya rakan terbaik boleh melihat kesakitan di sebalik senyuman palsu
  • Ia begitu sukar untuk berpura-pura menjadi kawan-kawan dengan seseorang yang istimewa, apabila setiap kali anda melihat orang itu, semua yang anda lihat adalah segala-galanya yang anda mahu.

..

Saturday, 1 June 2013

Lafaznya

Terkata .....


" dan terkadang, selalu aku mohon... 
Tuhan, bawalah rindu ini pergi...pergi jauh.
sehingga tidak akan aku ketemu lagi, hatta dalam mimpi.
KAU Maha Tahu dan Memahami,
ini bukan benci, 
cuma aku tahu, ia tak harus berada dihati,
saat dan tika ini.."