Saturday 5 October 2013

Random Part

Jalan demi jalan sudah terlalu banyak persimpangan dulu tak sebegini tapi sekarang sudah sebegitu .
   Ianya bukan dari segi kehendak sesiapa itu pun tapi sudah menjadi satu ketentuan atau takdir dirinya sendiri .
 mungkin kita dikatakan untuk sebegitu tapi kita diucapkan sebegini ?
 ianya tak pernah sama sekali .
Pelbagai jalan selok belok yang telah mengelirukan dan mengkosongkan maksud maksud itu ?
Kenapa kita boleh fikirkan benda yang belum terjadi tapi kita dah fikirkannya akan terjadi juga ?
 tapi kesimpulannya ianya tak pernah akan terjadi .
sebab kita terlalu berilusi dengan khayalan sendiri .......
Semuanya atas kerana fikiran kita terlalu memikirkan perkara yang terlalu curiga dan prasangka kepada seseorang atau benda itu yang membuat hati itu terlalu risau dan serba tak tentu .
Adakah kita terlalu menjaga kerana adanya perasaan takut ?
 itu ketentuan dan takdir kita ..
   Jika ditakdir juga kita untuk melepaskan untuk pergi daripada sesuatu yang kita sayang siapa kita untuk menidakkannya ?
tapi siapa kita juga untuk menyukarkan perasaan itu henti disini ..
Apa yang kita harapkan dengan sekeping doa dan usaha kita pada tawakal kita sebagaimana untuk mengiring jalan jalan untuk lebih matang untuk menjadi lebih utuh dan kekal .
 kadang kadang kita diduga dengan sesuatu yang buat kita leka dan lalai dalam mengecapinya tapi kita tak pernah sedar disebabkan itu telah mengecewakan diri kita sendiri ..
Buka fikiran kita supaya menjadi lebih matang agar kita lebih terbuka dalam fikiran fikiran positif terhadap sesuatu yang hadir dan tiba .....

"Cinta semua, amanah beberapa, tidak salah untuk sesiapa pun."

No comments:

Post a Comment