Monday, 23 June 2014

#KhilafSeorangHamba


Kesilapan sering kali diulangi walaupun sering kali menyesal ianya tidak pernah sudah bila tiada pengakhiran dan bernoktah . Kadang kadang ada manusia yang sedar ada juga yang sedar tapi ianya mengulangi balik . Lumrah dalam kehidupan kan ?

Kau pendosa
kau buat saja dosa
bila kau sedar tiba
kau carilah dia siapa
Allah yang Esa ..

Dosa lalu
siapa yang tahu
manusia tahu
tapi mereka suka hina selalu
tapi allah juga tahu
biarkan mereka itu berlalu
Allah yang tentukan dosamu ..

Dunia ini bagaikan satu permaian seronoknya bagaikan tidak terucap lagi . Macam macam boleh dibuat janji hidup itu happy . Buat dosa memanjang pun janji hidup itu satu keseronokan . Bila betul betul sedar barulah ingat Allah tapi takpe lah ada juga yang ingat

Kesilapan sering kali dinodai . Dah buat pastu yesal pasti buat lagi yesal lagi buat lagi menyesal tak sudah sudah . Biasalah tapi Allah tahu siapa kita bukannya manusia yang sering mengata hina tapi mereka tak pernah hendak mengerti kenapa seseorang itu begitu ? Dunia ini bagaikan permaian . Seronoknya bagaikan tidak terucap lagi . Macam macam kita boleh buat lagi ? bila dah terhantuk baru lah sedar tapikan sedar pun sekejap je lepas 2 3 minggu buat balik ? manusia kan .

Bertaubatlah sesungguhnya itu yang terbaik bagi seseorang manusia . sebanyak mana silap kau salah kau yang penting kau ada rasa hina disisi allah . Dan setahunya Allah tidak pernah kejam pada manusia .Kembalilah ke pangkal jalan iaitu kembali Bertaubat .. Khilaf seorang hamba .....

Sunday, 22 June 2014

#Ending tapi Must Go ON

Biismillahirahmanirahim

Salam dibuka memulakan bicara ini .

Apa yang terjadi pastikan terjadi atas keizinan ilahi . Segalanya melaluinya , kehendaknya , dan ketentuannya . Seorang manusia siapa lah ia hamba yang dicipta belum tentu sempurna ada saja yang hina tapi atas nekad dan tekadnya pasti ianya bakal kembali menjadi seorang yang sempurna . Itulah Lumrah seorang manusia .

Hidup ini ibarat putaran roda yang berpusing . Adakalanya engkau diatas adakalanya engkau dibawah . Engkau senang bila engkau rasa engkau susah , engkau susah bila engkau pernah senang tapi engkau belagak dan angkuh pada yang lain . Hidup ini terlalu adil sampai kadang kala kita saja tak pernah hendak rasa hidup ini adil ada saja mengeluh kenapa aku jadi begini dan kenapa engkau buat aku begini .

Semalam mengajar kita beribu-ribu erti tentang kehidupan . Macam macam kita lihat manusia manusia yang tak pernah jemu dengan pelbagai ragam lakonanya . Ada saja tipu daya kita mudah terpercaya . Ada saja benar betul kita mudah terleka . Tapi semuanya adalah teladan sebagai pengajaran kemudian harinya lengkaplah kata-kata yang tertanam dalam jiwa .

Dalam rentak seorang manusia yang mempunyai hati yang berbeza . Aku dah laluinya dengan pelbagai dugaan kadang kadang hati mudah dikawal , tapi kadang kala hati tak pernah terkawal untuk kebaikannya . Khilaf seorang hamba