Sunday, 15 September 2013

30 Perempuan Perlu Tahu



1. Sebenarnya lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. Sebab itu, dia selalu meminta anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin anda terlihat mempesona.

2. Lelaki sangat benci dikhianati. Walau luaran mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah.

3. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan anda berbeza. Bukan bererti tak boleh bersatu, tetapi dia sering mencuba untuk memahami satu sama lain.

4. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, anda selalu ada di dalam fikirannya. Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya anda hari ini.

5. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telefon. Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang anda.

5. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai anda, dia akan menerima anda apa adanya. Tak peduli anda gemuk , hitam atau berjerawat. Mereka mungkin akan memberi nasihat pada anda untuk diet ketika anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai anda.

7. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman anda. Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona.

8. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian anda. 

9. Lelaki tidak suka jika anda bercerita tentang bekas kekasih anda. Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih anda.

10. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan anda!.

11. Lelaki ingin selalu berkongsi semua hal dengan anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda.

12. Sesekali, lelaki juga menangis. Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti anda. 

13. Lelaki adalah selalu berharapkan harapan yang tinggi untuk mencintai anda .

14. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada anda. Seperti wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu.

15. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji anda (baca: merayu anda).

16. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berfikir ketika anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, ertinya mereka tidak mahu melakukannya. Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong.

17. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

18. Lelaki akan menyimpan sebahagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk anda nanti.

19. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan bahawa anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.

20. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat anda bersedih.

21. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan dan menerima apa adanya.

22. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.

23. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

24. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, anda cukup mendengarkannya sahaja. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

25. Jika ada seorang lelaki menyukai anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu.

26. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahsia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahsia dengan baik.

27. Kadang-kadang, lelaki terlalu banyak berfikiran negatif berbanding positif.

28. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone anda.

29. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.

30. Bila lelaki cakap ' dirext to point dalam sesuatu hal , dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus terang dan mengharapkan teman hidupnya memahami maksudnya .

No comments:

Post a Comment