Tuesday, 25 June 2013

Quiet Is



Kesunyian adalah satu perasaan kosong yang hadir dalam diri seseorang . Dia tidak membayangkan orang lain dari sudut pandang kasar hanya dia berada disudut terpencil tanpa sesiapa disekelilingnya .Malahan hati dan jiwa dia terlalu celaru dan tidak menentu . Bagi aku kesunyian ini terlalu banyak bukan hanya kesunyian ertinya perasaan tapi kesunyian juga boleh dibahagikan daripada beberapa sudut seperti  kesunyian agama , kesunyian keluarga dan kesunyian sabahat handai .

Kesunyian perasaan adalah kesunyian yang kita lakukan sendiri dengan cara memendamkan perasaan yang terlalu . Sampai kita payah untuk meluahkan walhal kita ingin cuba keluar daripada kepompong hidup yang menyunyikan . Tapi kesunyian tersebut membuat fikiran seseorang terlalu tidak yakin dengan orang sekeliling akan menerima kehadiran dia dan dia terlalu ingin menyendiri walaupun mempunyai kawan kawan yang prihatin padanya . Kesukaran itu membuatkan dia seorang yang ego dalam hidup .

Kesunyian agama adalah kita terlalu jauh kepada pencipta kita sendiri sehingga kita leka akan permainan dunia yang merancakkan . Walaupun kita merasai dunia ini sebagai peneman yang setia kita perlu ingat bahawasanya nanti kita perlu menyendiri dalam alam yang berbeza masa itu kita teringat pada dunia tapi dunia bukan lagi peneman kita . Kita terlalu jauh daripada dunia dan pada masa itu kita perlu mencemburi dunia yang menduakan kita dengan orang lain dan membiarkan kita bersendirian nanti .

Kesunyian keluarga mungkin terlalu pahit dan mungkin terlalu pedih dalam hidup kita . Mungkin juga satu persatu keluarga kita akan hilang meninggalkan duniawi ini seperti kita mencabut kelopak kelopak bunga satu persatunya . Pada mulanya kita terlalu bahagia disamping mereka mereka bagaikan dunia ini terlalu bercahaya dengan warna warninya . Jawapan kita terjawab bila salah seorang atau pun serentak keluarga kita telah pergi tanpa kita sedari tanpa kita berada sekali dengan mereka mengikuti mereka sekali . Kesunyian tersebut menyebabkan kita menjadi kemurungan serta kita sukar terima dugaan tersebut .

Kesunyian bersahabat juga seperti mana kesunyian keluarga . Kesunyian bersahabat mungkin terlalu mengecewakan mungkin juga terlalu mengembirakan . Adakalanya kita sukar mencari kawan yang betul betul memahami hidup dan prinsip kita . Tapi bila ianya dusta kita sukar untuk menerima kepercayaan terhadap seorang kawan . Ada juga hidup seseorang terlalu suka bersendirian walhal dia mempunyai ramai kawan . Ertinya hidup prinsip dia tidak suka menyusahkan .

 Di sini berbagai definisi kita boleh buat dengan fikiran kita sendiri untuk memikirkan satu faktor yang dapat diceritakan . Kesunyiaan ini tak semesti menghalang seseorang itu untuk merasai erti kebahagiaan tapi ia mengajar dia erti kesabaran dan mengajar ia mencari warna warna sang pelangi .

Senyap saya tidak bermakna bahawa saya berhenti. Ia bermakna bahawa saya tidak mahu berhujah dengan orang-orang yang hanya tidak mahu memahami ...
. .

2 comments:

  1. Subhanallah, Nice sharing. Sangat suka dengan quote ni, "Senyap saya tidak bermakna bahawa saya berhenti. Ia bermakna bahawa saya tidak mahu berhujah dengan orang-orang yang hanya tidak mahu memahami." :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ... ianya amat mendalam jika memahaminya : )

      Delete