Sunday, 5 May 2013

Silent Love



Dalam permulaan cinta si gadis dan si lelaki yang bernama Fika dan Adam , Keluarga gadis tersebut tidak menyukai dan menentang sekerasnya pada perhubungan cinta mereka . Keluarga gadis tersebut beranggapan  bahawa Adam tidak mempunyai taraf  latar belakang yang setanding dengan mereka dan mereka takut bahawanya Adam ttidak akan dapat membahagiakan anaknya . Malah mereka menyatakan bila berkahwin dengan Adam anaknya akan menderita selamanya .

Oleh kerana tertekan dengan apa yang ditempuhi oleh mereka , pasangan tersebut sering kali bertengkar dan menyalahi . Walaubagaimanapun Fika suka Adam secara mendalam , tetapi dia sering bertanya kepada Adam " Bagaimana dalamnya cinta awak pada saya " ujar Fika kepada Adam yang sering mengadu pelbagai masalah diatas punca daripada keluarga Fika . Tetapi Adam tidak pernah menyalahi mereka dan dia sedar bahawasanya dia siapa dimata mereka .

Sebagai lelaki Adam mengakui dia tidak patut menyalahi semuanya kepada Keluarga Fika dan membuatkan Fika berasa sangat kecewa dan menangis . Adam perlu melakukan sesuatu untuk membuktikan dia perlu buka mata keluarga Fika yang dia seorang yang berjaya ( Dalam hatinya berkata ) . Dengan itu , segala permasalahan menjadi tekanan Fika dan tempatnya melepaskan perasaan hanya pada Adam walaupun mereka tidak direstui keluarga Fika . ( Dalam hati Fika ) Hanya dialah , Untuk dialah tempat aku bertahan dan dialah kekuatan aku .

Lalu Adam membuat keputusan untuk pergi seketika dan selepas beberapa tahun ,Adam telah lulus dalam peperisksaan dan memutuskan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara . Sebelum meninggalkan tanah air yang tercinta Adam berjumpa dengan Fika untuk mengatakan sesuatu yang ada pada hati Adam " Saya bukan terlalu baik untuk berkata-kata tetapi saya tahu untuk mengatakan yang perlu awak tahu bahawa " I LOVE YOU Fika " ujar Adam kepada Fika . Dan Adam menyatakan " Jika awak membenarkan saya menjaga awak nanti saya akan menjaga awak  untuk sepanjang hidup saya dan saya akan bina sebuah keluarga kelak . Bahawasanya Adam akan sedaya upaya untuk berhadapan dengan Keluarga Fika untuk mengahwini anak perempuan mereka kelak . Malah Adam mengatakan di depan Fika " adakah awak akan berkahwin dengan saya nanti " lalu Fika terdiam dan mengalir airmatanya hanya mampu tersenyum . Kemudian Adam terpaksa pergi meninggalkan Fika dengan lambaian tangan yang terakhir . Ucapan Fika kepada Adam hanyalah satu " Semoga Berjaya Adam ".

Fika hanya berkerja dengan syarikat bapanya sendiri dan Adam diluar negeri meneruskan pengajiannya . Mereka hanya menghantar surat cinta melalui e-mel dan panggilan telefon . Walaupun ianya sukar unuk menanti saat akan bakal tiba , mereka tidak pernah untuk berputus asa .

Suatu hari , dalam perjalanan ke tempat kerja Fika dilanggar oleh pemandu yang tiba tiba hilang kawalan . Apabila dia terjaga dia hanya terbaring diatas katil dan tidak mampu untuk mengerakan anggota badannya . Fika melihat ibu bapanya berada disampingnya dan dia menyedari bahawa dia cedera teruk . Melihat tangisan ibunya , Fika tahu ibunya mahu keselesaan yang perlu ada padanya . Tetapi dia sedar bahawa  semua yang boleh keluar dari mulutnya hanyalah mengeluh . Fika telah hilang suaranya ....Para doktor mengatakan bahawa kesan pada otak Fika telah menyebabkan dia kehilangan suaranya .


Semasa menginap di hospital , selain menangis senyap, ..Fika mengeluarkan airmatanya melihat dirinya tanpa suara lagi . Apabila sampai di rumah, segala-galanya seolah-olah sama. Kecuali bagi nada dering telefon. Yang menusuk ke dalam telinganya setiap kali hatinya ianya berbunyi. Dia tidak ingin untuk membiarkan Adam tahu tentang perkara ini . Dan tidak mahu menjadi beban kepadanya nanti , dia menulis surat kepada Adam mengatakan bahawa dia tidak mahu ada apa perhubungan lagi disebabkan kecacatan Fika . Dia terlalu malu untuk berhadapan dengan Adam nanti . Lalu Fika tidak mahu menunggu apa-apa lagi .


Dengan itu , Adam menghantar berjuta-juta dan berjuta-juta jawapan , dan banyak panggilan telefon hanya untuk memberitahu kenapa kenapa kenapa Fika . Tetapi Fika hanya menangis ....

Ibu bapa memutuskan untuk berpindah ketempat lain daripada pengetahuan Adam , dengan harapan bahawa Fika dapat dan boleh melupakan segala-galanya dan gembira ditempat yang baru .

Dengan persekitaran yang baru, Fika belajar bahasa isyarat dan memulakan hidup baru. Memberitahu dirinya setiap hari bahawa dia mesti melupakan Adam . Suatu hari , rakannya datang dan memberitahu bahawa Adam telah kembali . Dia meminta rakannya tidak membiarkan dia tahu apa yang berlaku kepada dia dan tidak memberitahu di mana Fika berada . Sejak itu, tidak ada lagi berita dia.

Setahun telah berlalu dan rakannya datang dengan sampul surat dan sebuah kotak , yang mengandungi kad jemputan untuk perkahwinan Adam . Hati Fika berkecai apabila melihat kad jemputan perkahwinan Adam . Apabila dia membuka surat itu , dia melihat namanya tertulis diatas kad jemputan dan membuka kotak tersebut adalah pakaian pengantin  . Hati Fika menjadi berdebar-debar adakah ini realiti . Ia mengambil keputusan untuk memakai bila tarikh itu tiba .

Apabila Fika sudah sedia dengan keputusannya ,Fika pergi ke tempat tersebut dengan memakai pakaian yang diberi oleh Adam dan sampai sahaja ke tempat itu dia melihat lelaki yang menunggunya adalah Adam yang tersenyum keseronokkan . Fika hanya menggunakan bahasa isyarat memberitahu " Saya telah menghabiskan masa setahun untuk belajar bahasa isyarat ini Adam .Adam tidak kisah dengan apa yang terjadi kepada Fika dan  hanya untuk membiarkan awak tahu bahawa saya  tidak pernah lupa janji saya untuk mengahwini awak Fika . Biarlah saya menjadi hati awak dan berikan saya peluang untuk menjadi suara awak Fika " I Love You ". Dengan itu, Adam menyarungkan cincin perkahwinan ke jari Fika . Fikah  akhirnya tersenyum . Dan Mereka Bahagia hingga keakhir hayat . Sekian

 Jika saya lupa pada janji saya terdahulu , saya bukan orang yang harus anda percaya . Maafkan saya 

No comments:

Post a Comment