Saturday, 18 May 2013

Satu Langkah yang Berharga


Assalamualaikum ......

Jalan itu buta pada yang leka , Jalan itu terang pada yang peka ..

Bagaimana kita hendak cerita kita pada hari ini ? Bagaimana kita hendak mengenali kita pada hari ini ?
Bagaimana kita hendak teruskan jalan kita pada hari ini ? Jika kita cuba untuk berputus asa dan kenapa harus kita mengeluh dan terus gelisah .
Perjalanan kita sebelum ini telah benar benar merumuskan siapa kita pada hari ini . Bukan senang untuk jadi senang tapi senang sangat untuk menjadi susah . Jawapan paling mudah adalah kesusahan , Jawapan paling payah adalah kesenangan . masih berat lagi untuk memikulnya nampak saja mampu tapi beban terlalu tinggi . Adalah setiap hari yang baru harus bermula dengan langkah yang baru jika gagal hari seterusnya mula juga dengan langkah yang lagi baru sampai langkah demi langkah sampai kita telah berjaya mengikut  cara step by step to forward move on.
contohnya gambar ini .. Kenapa kita harus mengalah daripada tidak mencuba sesuatu yang baru atau memperbaiki yang sedia ada .


Tak semua orang hidupnya selalu bertuah , selalu ada nasib selalu ada rezeki . Semuanya bergantung pada kesilapan masing masing dan masa untuk sedar akan silap mereka yang lepas dan juga mereka sedar untuk bertaubat dengan apa yang dilakukan semalam yang lepas . Dan itu bahawasanya mereka harus memulakan sesuatu yang baru sesuatu yang dapat memberi galakan pada mereka untuk meneruskan kehidupan mereka sendiri dan berdoa cuba jadi orang orang yang masih berguna kepada masyarakat . Bagi aku juga telah memulakan satu langkah yang baru . Aku ingin mencuba dan kenapa aku tidak boleh diberikan satu peluang lagi . harus mesti ada bagi manusia yang leka pada duniawi  kan . Dunia ini adil pada mereka yang berusaha , tawakal  dan berdoa . Aku harap aku masih boleh berusaha sampai cita cita aku tercapai dan aku ingin impikan juga aku juga inginkan berkerjaya secara profesional . Mendogak kelangit melihat awan awan yang tak semestinya cerah begitu juga aku melihat sesuatu dihadapan tak selalunya terang tapi kekuatan seseorang itu membolehkan mereka mencari jalan dan usaha jalan ada untuk berjaya . Tapi hidup ini tiada bererti jika kita keseorangan menempuh segalanya dan kita harus dibantu oleh semangat daripada orang orang disekelilingan dan berkongsi kebahagiaan dengan orang lain .
Sometimes we become so focused on the finish line,that we fail to find joy in the journey ...

No comments:

Post a Comment