Wednesday, 15 May 2013

Kisah Yasmin J Hunwick


Hari ini kerja saya Blogwalking blogger-blogger terkenal tak kira . Hanya satu blog yang saya tersentuh sikit bila membacanya . Rupanya dia sudah tiada cuma ibunya yang selalu mengupdate blog untuk mengisi catatan seorang arwah .

Siapa pernah kenal dia ? saya tak pernah kenal tapi cerita sebalik kejadian dia saya cuba ingin mengenali dia ... dan saya tahu suatu yang perit apa yang hilang bila ditangisi lagi ...





















Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Famous Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi.
Seorang yang : periang , tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar , open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian , pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-
Facebook : Yasmin J Hunwick / Yasmin J Hunwick II
Melihat balik ceritanya saya mula rasa sebak tentang kejadian yang menimpa arwah . Sebagaimana kita tahu Allah lebih menyayangi dia . Arwah telah dijemput ilahi pada tanggal 3jun 2012 akibat kemalangan Jalan raya .
Ini berita kemalangan 3 remaja perempuan dari akhbar Harian Metro
LANGKAWI: Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi.
Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi Insp Fairus Mohd Ghazi berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, dan Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini.
“Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi,” katanya hari ini.
Katanya ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing hari ini, manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama .

Dan apa yang ditulis oleh ibunya dalam blog arwah cukup untuk saya merasainya bagaimana seorang ibu yang kehilangan anak yang disayangi . Dia lah sahabat dia lah peneman tapi apa kan daya kita hanya hamba biasa untuk melawan ketentuan ilahi . Saya bukan mengenali arwah tapi saya cuma terbaca ceritanya yang amat menyedihkan . Dan Semoga arwah dicucuri rahmat Al-fatihah ..Semoga arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman . Ameen ya rabbal alamin ..


Cerita diambil melalui ..

Akhiri Cerita ini marilah kita sama sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah semoga arwah dalam golongan yang dirahmati dan dicucuri . Ameen ... 

Tiada apa yang dapat kuubahkan lagi , ianya satu ketentuan ilahi , hanya mampu berserah kepadanya .

1 comment: